Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

07 April 2012

Tuisyen maths tadi best sangat ! Musim ke-7


Bismillahirrahmanirrahim,

Bermulalah hari Sabtu aku pada 7 haribulan 4 tahun 2012 nih lepas tido lama gila. Ahh. sabtu pun sama je macam hari sekolah, bezanya cuma tak pakai baju sekolah. Tu je.

Pagi2 sabtu lagi dah bangun, saja nak main dengan anak saudara aku. Tapi time tuh dia belum bangun. Jadi aku siapkan la teks forum sikit, cari2 maklumat tambahan.

Sepatutnya pergi sekolah untuk berlatih forum tu pukul 9 pagi. Tapi di atas hal2 keluarga yang aku malas nak cite *sebenarnya bukan hal keluarga, saja nak pakai ayat tu biar gempak sikit. Ngeeee*, aku datang pukul 10.30pagi. Padahal pukul 11 dah habis. Tapi aku dengan cikgu dengan Syuhada dengan Abang Shafiee(kitaharuslahmenghormatisenior) pun berlatih sampai pukul 1 tengah hari.

Lepas tu, cikgu dengan Abang Shafiee kongsi2 lagu Ukays pakai bluetooth. Cikgu kata, kumpulan tu kira toplah pada tahun 1990-an marin waktu dia belajar kat U. Cikgu ada cerita yang lagu Bila Diri Disayangi tuh ciptaan Habsah Hassan, sebenarnya lagu tuh antara kita dengan Allah, pencipta kita. Bukannya lagu kekasih2. Aku pun baru tau dari cikgu gak. Kalau tak caye, cuba baca balik lirik dia. Pahtu Abang Shafiee ada cakap lagu Ukays yang tajuk dia satu patah ayat je, Sebak, Seksa dan Sesak. Aah, tiga2 best gop!

Aku cakap kat Syuhada, "Kelas nih dah jadi kelas lagu dahhh".

Waktu tu pukul berapa entah, Abang Shafiee minta kebenaran untuk keluar, balik rumah jap. Kemudiaaaaaan tu, cikgu bercerita sejarah pasal sejarah matrikulasi. Banyak gila ahhhh informasi yang cikgu cerita kat kitaorang tadi. Terpaku aku dengar.

Bercerita punya bercerita, Cikgu telefon Abang Shafiee untuk bawa cendol dari kedai dia. Satu jagung, satu pulut, satu kacang. Alahaiiiiiiiiiiii, aku dapat jagung lak =.= Aku dah la tak suka jagung. Tapi tapi, cikgu yang belanja. Jadi, sedap lah cendol tuh. Btw, memang cendol tu sedap gila. Manis tuh memang wajib lah. (terharu abang shafiee kalau dia baca aku puji cendol dia LOL)

Ok, dah habis semua tuh. Aku pun balik lah, bersiap untuk pergi tuisyen add maths pada pukul 3 petang pulok. Sempat lagi makan apam balik perisa coklat. Ada chocolate rice di situ. LOL

Macam biasa, tumpang fatihah. Dalam perjalanan tuh, ada ternampak buah kelapa terjuntai2 kat pokok dia. Pergh, terasa nak minum je. Tapi bila dapat, konfem2 tak minum.

Kita orang pun belajar add maths bab trigonometry. Agak confusing. Melibatkan teknik yang banyak dan kemahiran mengingat formula. Huarghhhhhhhhhhhhhhhhh~

Lepas tu, kita orang main belon gam yang biasa kita main time sekolah rendah marin. Sepuluh sen satu. Nanti aku buat review dia kot. Kalau lah banyak masa~ Secawan kopi daripada guru pun tak buat review lagi!

Then main tepuk2 kat dahi orang. Aku tepuk kat tempat lain :D Fasihah punya belon terbang kena angin melekat kat pintu. HAHAHAHA.

Sementara jawab soalan, kita orang pun ada aktiviti lain. Iaitu memukul nyamuk. Hasil kajian saya mendapati, rumah cikgu Suzana ini berhampiran dengan tanah rizab *apa kaitan lak?!*, maka dengan itulah saya mengisytiharkan bahawa, kebanyakan nyamuk datang dari hutan bersebelahan dengan rumahnya.

Hani dapat pukul 1 nyamuk.
Titibe, aku dpt pukul nyamuk kat kepala hani.
Dia kata, "Sakiiiiittt laaa *nada sedih*.
Pahtu kitaorang cakap, "Sebab keturunan kau lah,
ramai keturunan kita orang mati. Ini semua sebab kau!".
Habih dikutuk2 nyamuk 2 ekor yang tengah menggelupur tuh.
At last, aku ambik sekor nyamuk. Begitu juga dengan hani.
Kemudian, kita orang letak dalam buku sambil tutup buku kuat2.
Muka masing2 puas gila dapat fosil =.=
Fosil kew?

Aku cite kat Hani, aku tepuk nyamuk kat dinding pakai kaki. Bagi aku, sebab senang. Ngeeee. Hani pun keluarkan lah pensel dia, pahtu lukis bentuk kaki manusia tapi keluar beruang punya. Dia keluarkan teori pressure kaki dekat belah tengah kaki. Pahtu aku bangkang, aku cakap samada bawah sendi jari atau pun tumit. LOL. Tepuk nyamuk pun dah masuk konsep fizik.

Aku pun tak tau pressure kaki kat mana. Bantai je lah. Asalkan fizik spm kang at least A lah. Pweaseee :(

Najwa pasang lagu Firework. aku dengan Hani duduk jauh sebab nak concentrate add maths. Yeeeekew?

Erasu-chan : Aku rindu waktu form 4 dulu. Ingat lagi tak? Sebelum masuk 2011 kan, lagu Firework terkenal. Orang pasang time celebrate New Year.
Hani-chan : Aku rindu tadika. Nak masuk tadika lahhhh *nada sedih*
Erasu-chan : ...... *aku fikir2 balik, tak sangka cepat betul masa berlalu. aku ingat lagi aku mimpi pasal kak ngah. Ngeri gila mimpi tuh! Tapi aku tak cite kat siapa2.*

Dah pukul 6 petang. Waktu untuk balekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Main la bola sepak. Aku mcm biasa, bam2 bola, pahtu sepak. LOL. Ainur jadi penonton setia. Hani mula2 takde team. Lepas najwa blah, dia team dengan aku. Fasihah lak team dengan Fatihah. Mula arr main macam orang tk ingat dunia. 2 kali bola masuk longkang. Pahtu pergi basuh =.= Ughhh.

Pahtu balekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Ok sekarang aku penat gila. Macam tak tido setahun menyiapkan teks forum aku yang ayat entah hape2 entah tuh. Banyak gila fakta dalam teks aku! arghhhhhhhhhhhhhhhhh
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.