Pagi tadi ada perjumpaan Puteri Islam. Ustazah Nurishah berbincang dengan kita orang tentang tatacara perjumpaan.
Lepas tu kan, nama jawatan aku iaitu Penghuluwati/Ketua Puteri/Pengerusi telah ditukar kepada Mega Puteri. Macam mana spelling dia aku pun tak pasti lagi. Yang pasti, ada ayat mega depan tuh. Macam megatron pulak. Ngehahahhaha! Ada sorang puteri pun cakap benda sama, megatron! Ada jugak peminat robot tu~
Kalau Naib Penghuluwati jadi Mega sari. Setiausaha dan bendahari jadi Puteri Bestari. Ketua pasukan ialah Puteri Saujana. Ketua kumpulan ialah Puteri Mestika. Manakala, ahli Puteri Islam pulak nama dia Permata Puteri.
Jadi, bermula 2 minggu depan. Perjumpaan Puteri Islam akan mengikut protokol yang diberi. Ngeeeeee :D
Aku dah lupa dah arahan2 kawad kaki. cisssssssssssssssssss!
Lepas balik je kelas. Aku saja2 buat announcement, "Okay kelas. Saya nak cakap sesuatu. Tadi kan waktu perjumpaan Puteri Islam, aku kan penghuluwati. Pahtu, nama penghuluwati tu ditukar kepada Mega Puteri". Pembuka bicara macam nak buat announcement penting =.= Ngehahahhaha.
Okay, tu je lah buat today. Mega Puteri nak beradu nih.