Bismillahirrahmanirrahim,
Hohhhhh. Penat betul hari ni! Memandangkan aku nih Ketua Gerai Jualan, aku pun menerima tugas yang berat dengan tabah. Gerai Puteri Islam nombor 7. Nombor 8 pulak, bekas kelab aku iaitu Kelab Pengguna, Kewangan dan Pelaburan. OMG, saya rindu sangat dengan kelab saya yang lama.
Pagi2 tuh, memang penat lah sikit. Angkut RO Water dari Taman Puan Chik sana. Tapi naik kereta Ustazah Nurishah la. Kalau jalan kaki, mau tak mati aku ?
Berjam2 jugak la aku berdiri kat kaunter tu. Buat2 muka manis biar laku. Erkk! Lagi bankrup gerai tu ada la.
Dari pukul berapa entah aku berdiri kat situ. Cedok ais masuk dalam cawan semua. Memang best betul buat benda tu walaupun penat bak kata ayat english yang biasa kita tulis nak dekat2 habis karangan pasal perkhemahan, we are tired but happy gituuu. Hakhakhakkkk.
Okay. Aku rasa lonely dan rasa forever alone jugak. Sebab? Sebab aku tak berkesempatan nak pergi pameran2 universiti dan kolej dekat tapak perhimpunan tuhhhh. Keshian aku.
Nak ubatkan hati aku yang lara nih, aku ingat balik kata seseorang, "Elehhhh, mesti kolej2 yang tak femes je tu". Jadi, aku pun takkan rasa kecewa sebab tak dapat tengok.
Waktu tu, ada anjing POLIS datang buat pameran jugak. Dekat tengah padang kita orang yang besar tuh~ Orang kata anjing tu comel. Akma ada ajak aku pergi tengok sebab waktu tu dah pukul 12 tengahhari, turn orang lain pulak untuk jaga gerai. Tapi aku terpaksa menolak, sebab aku yang kena jaga duit semua T_____T
Last but not least, benda yang paling kecewa sikit. Banyak makanan kitaorang dengan gerai2 lain tak terjual! Ada modal yang RM1000 tapi tak dapat balik modal? Rugi sangat2.
Sebenarnya Hari Terbuka nih 23 buah sekolah tak silap aku, diaorang datang. Tapi aku tengok yang jalan2 ramai budak sekolah aku je =.= Aku ada nampak sorang ex-schoolmate dari SK Jempol. Nasib baik sorang je. Ughhhhh!
Penat sikit. Hehehehe. Sikit je la. Inilah kali terakhir buat jualan kat sekolah sebelum melangkah pergi dari sekolah aku nih.
Saya kurang senang dengan perangai segelintir manusia yang cepat mengeluh "Penatttttttttttttttttttttttttttttttttttttnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee" padahal mereka tak merasa lagi bagaimana nak mengisi RO Water dalam botol besar, RO Water terpancut kat muka dan tudung, mengangkut RO Water dengan berat lebih 10kilogram dan jalan sejauh 4 meter ? Jadi, bersyukur lah sebab dapat penat tu sebab ada orang lain lagi yang penat ghila daripada kau :D Less complain, give more! Peringatan kepada aku dan sesiapa yang suka dan cepat mengeluh. Ngeeeeee.
Oh ya! Aku ada jumpa peserta forum dari Palong berapa entah. Salah sorang tuh, "Aikkk, jumpa kau lagi?! Harini ni berniaga lak?". Aku pun senyum kerang busuk je kat mamat tuh. Hakkkkkk. Malas aku nak layan de hai.
Hakkkkhakkkkkhakkkkkkkk :D
Ini penanda buku dan pembakar semangat.
Penanda buku yang comel pernah aku buat. Dan murah :D
Fin~