Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

14 March 2012

Tuisyen maths tadi best sangat ! Musim keempat

..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫ ✿•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••

Hari ini pada tahun lepas : Kenapa kau tak hantar lagi gambar aku harizah oi!

Ohho. Pagi tadi, pukul 9 pagi. Ada tuisyen add maths sebenarnya. Bukan maths. Aku datang lebih kurang pukul 9 pagi lah jugak. Ramai gak yang belum sampai. Sesat agaknya.

Aku berborak la jap dengan fatihah. Waktu tu, hidung dia tengah tersumbat. Biasalah, waktu pagi2 nih. Orang yang ada masalah hidung selalu tersumbat hidung. Aku pun sama gak. Tapi pagi tadi tak tersumbat. Berlaku lah conversation di bawah.

Aku : Asal kau tak pakai pun benda yang kena hidu2 tuh.
Fatihah : Yang mana?

Kalau korang tak tau.
Aku maksudkan yang INI =.=''
Ughhhhhhhhhhhhhh.
Susah cakap dengan budak2 mcm korang nih.

Aku : Alahhh, yang letak kat hidung pastu kena hidu2 tuh. Yang farah ada guna tu jugak.
Fatihah : Ohhh, yang tu. Aku dah lama dah tak guna.
Aku : Iye? Asal lak? Kenapa tak guna?
Fatihah : Nanti hidung berlubang?
Aku : Hah? Betul ke?
Fatihah : HAHAHAHAHAHA. Kau ni ape lah. Hidung kan memang berlubang.
Aku : *aku berfikir jap sambil bayangkan macam mana rupa hidung. oh, hidung memang berlubang pun!* HAHAHAHAHAHA. Adoiaiii! Gila arhhh.

Cikgu sebenarnya nak ajar tajuk baru hari ni. Vector. Aku cakap lah, "Cikgu, ajar lah vector dulu". Pahtu, dia kata tak baik, tunggu dulu kawan2 lain yang belum sampai. Sambil tu, cikgu tengah cari kertas soalan vector.

Lepas semua orang dah sampai, dia komen yang kita orang tak mahir lagi bab logarithms and indices. Yeah. Memang pun. Kadang2 soalan dia susah gila. Lepas tu cikgu suruh buat soalan logarithms and indices yang dapat haritu untuk buat time cuti nih.

So, bab vector hari ni pun kita orang tak masuk. Sebab nak jawab 16 soalan logarithms and indices tu punya lah payah. Terkial2 nak menjawabnya! Sebab tak pernah jumpa soalan mcm nih. Nih soalan curi daripada sekolah berasrama penuh. HAHAHAHAHA

Kan, kalau cikgu cakap Fasihah dah dapat jawab soalan tuh. Aku pun seraya berkata, "Tu kawan saya tuuuuu". HAHAHA.

Ada soalan nombor 6 iaitu,

log2 x - 4 logx 16 = 0

Gila susah kot soalan nih. Cikgu pun banyak kali try and error. Tak dapat jawapan yang sama. Jawapan dia sepatutnya 16 dan 1/16.
Ada kali ke 3 kot cikgu try and error. Titibe aku cakap, "SALAH!". Dah la semua orang tengah senyap, tengok cikgu buat try and error dia. Titibe aku cakap SALAH lak. Pahtu semua orang tergelak. Malu kot aku. Titibe lak kan. Atiqah Husna gelak terkekeh2 sebelah aku. HAHAHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA. Malunya aku. Nasib baik cikgu tak tacink. Cikgu, jangan tacink tau. Aku pun tak tau apsal titibe aku ckp ayat tu. Mungkin sebab aku nmpk jawapan cikgu lain dengan dalam kertas nih, tu lah aku spontaneous cakap "SALAH!" =.=

Tup tup, Fasihah dapat jawapan dia. Aku pun apa lagi, keluar la dialog lama. "Kawan saya tuuuuuu".

Pahtu, cikgu lak menyampuk. "Jawapan ni saya dengan Fasihah bincang tadi. Ye kan, Fasihah?" *Fasihah mengangguk terpaksa*. Kita orang pun gelak. HAHAHA. Lawak arh cikgu nih. Best. Aku tak berhenti2 gelak. Mulut tu kena sumbat dengan tong pemadam api baru senyap.

Dah pukul 12 tengah hari tuh. Kita orang nak balik. Najwa Athila lak sponsor kita orang makan popia sambal. Best gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Dah lama aku tak makan popia tuh. Pandai mak Najwa Athila masak. Nomnomnomnomnom :D

Balik tuh, aku dengan Fatihah tumpang Najwa Athila sampai ke Taman Tunku Puan Chik, sebab ada hal nak disetelkan dengan Harizah.

Lepas dah setel tuh. Aku pergi Kedai Runcit Marwa Store. Ceeeeeewah. Nama dia grand gila.

Aku bawak RM5 je. Untuk beli suratkhabar. Pahtu aku beli gula2 asam. Aku pikir nak borong tau. Tapi duit ada RM5 je T_T Lepas tu, aku dengan Fatihah selongkar kedai tuh. Cari gula2 yang ada kenangan time jadi budak2 sekolah rendah dulu. Ya Allah! Aku dah 17 tahun dah hidup di muka bumi nih :'(

Pahtu Fatihah ada tunjuk satu coklah nih. Coklat nih dibuat kat Thailand. Boleh didapati dalam kotak berwarna biru, pink dan hijau. Harga dia 20 sen je, waktu dulu la. Sekarang aku tak tau harga dia berapa. Korang kenal tak? Yang coklat dia kecik2 tuh, bentuk 4 segi.

Fatihah : Weh, ni kan coklat yang kau suka dulu?
Aku : Urmmmmmmmm. Mana kau tau nih?
Fatihah : Alahhh, aku tau la apa kegemaran kau. Apa yang kau tak suka. Kau ingat aku tak perhatikan ke?
Aku : :) *tergelak kecil. time tu aku fikir balik, pernah ke aku bagitau fatihah yang aku suka coklat tuh? Hmmm*

Pahtu Fatihah belek2 soap balloon lak. Aku memang suka gila main soap balloon nih. Salah satu feveret aku. Muahahaha. So, aku ambik la yang 40 sen punya. Lepas tu, aku terjumpa yang RM2 punya. Perghhhhh. Besar benda tuh. Belon dia pun mesti besar. Aku pun nak grab.


Tapi, suratkhabar beritaharian dah RM1.50. Asam2 dah berapa ringgit lak? So, aku reject 40sen soap balloon tuh. Aku pun keluarkan kalkulator, nak kira semua harga barang.

At last, cukup RM5 aku bayar. RM1.50 suratkhabar, RM2 soap balloon, RM1.50 asam2. Ok, daa RM5 :'(

Lepas tu jalan balik rumah jauh nun sana. Takpe, kita orang dah biasa jalan jauh2 nih. Takat 9-10 kilometer nih no hal lahhh.

Aku, Atiqah dengan Fatihah nak online pukul 10 nih. Bincang pasal nak pergi tuisyen maths lagi esok. Esok ada lagi. Aku nak bawak soap balloon tu nanti. HAHAHAHAAAAAAAA



Credit goes to Tumblr for the photos.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.