Bismillahirramanirrahim,
Pagi tadi memang gabra lah dibuatnya. Rancang nak bangun pukul 3 pagi, hafalkan skrip forum untuk ujian lisan hari nih. Kumpulan aku dulu tuh! Akhirnya, aku bangun pukul 6, macam biasalah. Kebebalan untuk bangun pukul 3 pagi tuh kental sangat.
Ughh. Aku sedikit geram dengan diri sendiri sebab aku asyik2 tutup jam loceng balik =.= Abaikan, yang lepas biarkan berlalu. Ceeewah~
Pagi tadi, waktu perhimpunan. Tiba lah giliran 5G pulak untuk baca ikrar kat depan. Not bad lah kelas aku tuh. Mula2 aku baca perlahan je. Pahtu titiba dapat satu spirit yang aku dapat time kawad kaki tempoh hari kat depan, aku baca kuat2. Sebab aku dah muak dah tengok muka2 yang menghadap kita orang tuh, masing2 selenge je. Jadi, aku pun tingkatkan lah volume suara sebab sakit hati tengok muka2 selenge diaorang. Ughhh. Tahniah 5G! Walaupun korang sangat annoying waktu aku suruh berdiri ikut ketinggian -_-
Ok, lepas ikrar dah habis. Kita orang pun pergi berduyun ke tempat masing2. Hahaha. Aku pun meneruskan misi MENGHAFALKAN TEKS FORUM UNTUK LISAN. Elehhh. Bukan hafal sangat pun -_-''
Bla bla bla bla. Waktu rehat pun sampai. Titibe lak waktu rehat sampai lepas perhimpunan? HAHAHA =.=
Okay. Aku pun pergi lah ke perpustakaan untuk pulangkan buku SECAWAN KOPI DARIPADA GURU dan MENGUATKAN INGATAN. Nanti aku nak buat review pasal buku SECAWAN KOPI DARIPADA GURU ni sabtu nih. Tolong ingatkan aku tau!
Aku pun ambil la 10minit untuk hafalkan teks tuh. Selebihnya, bantai berborak dengan Farah dan Fatihah dalam perpustakaan. HAHAHA. Waktu rehat dah habis. Kita orang pun masuk kelas Pendidikan Islam.
Lepas habis kelas Pendidikan Islam yang diadakan dalam kelas 5H, aku masuk la kelas 5G balik. Sampai lah kemuncak cerita aku nih. Time tuh aku tengah bukak fail biru aku nih. Aku cari karangan BM yang kena hantar hari nih.
Jadual waktu kat atas nih time form 3 haritu. HAHA
Titibe Farah datang. Aku cakap lah, "Nak po?". Dia diam je arhh. Aku pun pelik. Dia belek2 aku punya fail lak. Aku terkaku lah jap. Pahtu dia masukkan sekeping kertas dalam fail yang aku pegang atas meja tuh. Dia cakap, "Baca tau nanti!". Aku cakap la, "Arhhh" bermaksud ye. Ngeee.
Aku keluarkan karangan tuh, hantar kat Choi *ketua kelas 5G*. Pahtu aku cari2, mana kertas tu?
Pahtu aku jumpa satu kertas kajang. Ini dia. Dia kasi aku kertas nih.
Kisah pasal doa nih bermula pada hari Isnin sebelum ujian bulanan bulan 3 harituh. 5/3/2012 tak silap aku. Waktu tuh dalam kelas Pendidikan Islam, lepas baca al-Fatihah. Dia ada baca doa nih. Aku tanya lah doa apa dia baca tu kan. Lepas tu dia ajar aku doa tuh. Tak disangka2, dia kasi doa nih pulak tadi. Aku pun dah lupa balik. Takpe2, lepas aku dapat paper kau nih, inshaAllah aku hafalkan.
Time tuh aku dah rasa sebak dah. Hahahaha. Macam, apa kata kita fikir2 balik. Seumur hidup kau nih, ada tak salah sorang kawan kau daripada beratus2 tuh, kasi sebuah doa untuk kau amalkan? Renung2kanlah weh. Susah nak dapat kawan macam nih. Time aku dapat doa nih, aku terfikir soalan yang aku tanya kat kau tadi.
Kau mungkin tak rasa sebak sekarang nih sebab kau takde kat posisi aku. Dalam kelas tadi aku rasa lemah tak berdaya dah. Sebab banyak sangat masalah. Aku pun down. Tapi kat muka tuh tetap tak tunjukkan masalah yang terpendam. Tiba2 lak aku dapat satu doa yang membangkitkan aku balik. Jadi, aku macam sebak lah. Tak sangka, ada jugak orang yang ambik berat pasal aku dan masalah aku. Sob sob sob T_T
Dalam perpustakaan tadi, aku terdengar Farah ada cakap "Kita kena buat amalan ibadat kita nih bersungguh2, seolah2 esok tu kita akan mati" kat Fatihah. Syiok kan dapat kawan yang membawa ke arah kebaikan nih?
Aku bukan nak banding2kan orang, tapi kau rasa lah kan. Kau lebih senang hati berkawan dengan kawan yang membawa ke arah kebaikan ataupun kawan yang sentiasa bercerita tentang pakwe2nya? Renung2kan lah.
ADAB BERKAWAN
CIRI-CIRI KAWAN YANG BAIK
- Taat kepada perintah Allah
- Baik budi pekerti dan bersopan santun
- Sentiasa mengamalkan sifat mahmudah (terpuji)
- Berilmu pengetahuan dan beramal dengan ilmunya
- Tidak mendedahkan keburukan kawan
- Berlapang dada menerima teguran atau nasihat kawan
- Sentiasa mendorong orang lain melakukan kebaikan
Kalau kau ingat, tajuk Adab Berkawan nih dipetik daripada salah satu tajuk Pendidikan Islam Tingkatan 1.