Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

25 March 2012

Selamat Hari Jadi yang ke 92, Datuk Abdullah Hussain !


Bismilllahirrahmanirrahim,

Aku rasa hari ini telah ditakdirkan buat aku untuk membaca novel Konserto Terakhir.

Pagi tadi, aku bangun pukul 8.30 pagi untuk mengulangkaji pelajaran. Tapi terbantut. Aku sekadar mengusik buku-buku yang berpeleseran di atas lantai. Buku kimia pun aku ada usik sikit.


Tiba-tiba aku terfikir bahawa aku patut baca novel ini sebab aku tak dapat gambaran penuh dengan baca seluruh sinopsis dalam buku rujukan. Aku pun memutuskan untuk baca sahaja novel Konserto Terakhir. Sampai bab yang keempat lebih kurang begitu, aku pun membelek-belek bahagian biodata pengarang.


"ABDULLAH HUSAIN anak Kedah Darul Aman, lahir di Sungai Limau, Yan pada pagi Khamis 8 Rejab 1338 bersamaan 25 Mac 1920...."

Aku pun tersentak la nampak hari jadi beliau pada hari ni. Panjang umur dia. Syukur alhamdulillah.

Sekarang ni, aku dah baca sampai bab ke 10 dah. Tak sangka! Inilah novel pertama yang aku baca sepanjang 17 tahun aku hidup ni. Yeay! HAHAHAHA. Aku rasa ini satu kemajuan dan perubahan yang besar yang pernah aku buat! Jadi, aku rasa gembira sangat hari ni. Jadi, aku nak belanja semua orang makan aiskrim goyang yang aku buat semalam *sila bayar 5 ringgit sebatang*. HAHAHA

Sekali lagi saya ucapkan selamat hari jadi. Semoga Datuk Abdullah Hussain dipanjangkan umur dalam ibadat, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Amin ya robbal alamin.

Terima kasih sebab hasilkan karya Konserto Terakhir. Novel ni dibaca oleh semua pelajar SPM dari tahun 2001 sampai 2010. Aku kecewa sebab aku tak dapat baca novel tuh untuk SPM. Tak disangka-sangka, keajaiban telah berlaku pada akhir tahun 2011. Di mana calon SPM tahun 2012 dikehendaki membaca novel Konserto Terakhir sebagai teks Komponen Sastera(KOMSAS) untuk Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor.

Rasa best pulak bila dipilih untuk baca Konserto Terakhir. Boleh lah aku merasa seperti zaman-zaman kakak-kakak serta abang aku waktu SPM dulu. Untung aku~





Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.