Okay. Dah lama jugak aku tak buat entri mengarut. Kali ni, aku akan mempersembahkan janji aku hari Isnin lepas iaitu pada pagi Isnin waktu perhimpunan rasmi sebelum masuk tahun depan. Wooo, takutnya. Hehe. Jadi, pagi tu. Macam biasa la duduk dengan kawan2. Bila cikgu suruh duduk dalam barisan, berpura2 duduk dalam barisan kelas masing2. Masa tu duduk dengan ramai kawan2 *selama ni macam tak pernah je*. Salah seorangnya ialah Hani.
Nak dijadikan cerita, dia tunjukla tali beg dia dah terputus. Akhir tahun kan, perkara wajib la tu. HAHA :P Lepas tu aku nampak satu klip kertas kat zip beg dia. Klip kertas tu dah dibentukkan jadi macam ni.
Aku rasa macam benda tu cute, sebab sebelum ni kakak2 aku tak pernah ajar menjahanamkan klip kertas. Hahaha XD Berlaku lah dialog di bawah.
Eras-chan : E'ei, comel la. Nak la. *saja nak test dia kasi ke tak*
Hani-chan : Ahh. Ambik la. *mcm terpaksa kasi sebab aku mintak*
Eras-chan : Betul ni?
Hani-chan : A'ah. Ambik la.
Eras-chan : *pasang kat zip beg aku pulak*. Aku nak pakai sampai tahun depan, waktu ambik SPM nanti.
Hani-chan : Beria kau.
Eras-chan : Iyalah!
Konklusinya, aku nak jadikan dia lucky keychain aku. Dia akan jadi saksi aku belajar dan ambik SPM. Aku akan bawak dia ke dalam dewan SPM satgi bersama2 dengan IC darjah enam aku. Muahaha.
Semoga janji ni dapat dilaksanakan. Amin.