Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

26 August 2011

Majlis Khatam AlQuran kat sekolah ~

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku ingatkan, sekolah tahun ni takde majlis khatam alQuran. Rupanya dia buat last minute. Ingat lagi tahun lepas punya majlis khatam alQuran. Masih tak matang lagi time tu. Nak je berborak bila orang kat depan tengah baca alQuran. Aku memang sabar je lah bila teringat perangai tak matang tuh. Nak je lempang2.

Tadi pun best la gop. AlQuran tak bawa. Baca je la paparan skrin yang kat depan tuh. Aku rasa macam aku terrabun balik bila tak dapat baca kat depan tuh. Hmm T_T

Sebelum mula baca alQuran, aku mintak ustazah buat lorong kat tengah2 biar pelajar2 yang bakal menerima hadiah boleh la ke depan dengan cepat. Alhamdulillah, Ustazah Kyairaniah makbulkan. huhu. Aku buat macam tu pun sebab teringat tahun lepas punya situasi.

Dah khatam alQuran dah, sesi bersalam-salam pun bermula. pelajar diminta bangun. Salam la. Salam ustazah2, cikgu2, kawan2 4G, 4H dan yang berkenaan. Kelas 4G pompuan sampai ada nangis2. Nasib baik der hati aku kental cam dodol waktu tu. Hehe =.=

Akhir sekali, lepas semua orang balik. Aku, syuhadah, hasyimah, ekshiela dengan fasihah pun kutip pahala kat dewan tu dengan tolong gulung semua tikar. Memang banyak gila la tikar tu. Takkan la nak tinggalkan, biar makcik tolong buatkan lak? Kitaorang pun bantu la makcik dan ustazah2 kat situ. Best la jugak waktu tu. Kitaorang berkolabrasi melipat tikar. Fasihah beria ajar aku lipat tikar, suruh pijak bagai. Padahal tikar yang dia lipat tu menggelebeh. Haha, pebendentah.

Mungkin perangai fasihah okay kali ni. Tapi bila2 masa je dia boleh berubah. Hargailah masa ini, rasyidah. Nikmatilah ikatan persahabatan ini tanpa ada rasa ragu dan sangsi sebelum dia pergi *berubah*.

P/S ; Saya dan kawan2 sentiasa mendoakan kesihatan Cikgu Akma yeah. Lagi satu, aku takdelah nak cakap fasihah tu jahat ke apa. Cuma, satu hari nanti, mesti ada seseorang melalui proses perubahan watak. Sama la macam sorang budak yang aku buat entri selamat tinggal untuk dia tu, berani cakap "f**k arh weyhhh" "lahanat" kat aku.

Okay fine. Aku pun takde la batak sangat nak mesej dlm fb dengan kau.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.