Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

08 May 2011

Ada orang mati ke kalau aku panggil kau kakak?

Bismillahirrahmanirrahim,

Apa kurang tebiatnya entah orang2 zaman sekarang nih. Bila orang nak hormat dengan dia, dengan panggil kakak. Ada ke patut dia balas, "kakak? Tua sangat ke aku nih?". Nak kata bodoh, tak bodoh. Dah pass spm dah pun *agaknya lah kot.

Salah ke aku panggil kakak kat orang perempuan yang lahir 1-100 tahun awal daripada aku? Berdosa ke? Ada orang mati ke? Mengaku je lah yang kau dah lahir 1-100 tahun awal daripada aku. Semua orang akan melalui proses yang sama. Tapi, kenapa tak dapat terima kenyataan?

Aku lagi suka apa orang panggil kakak. Hakhakhak. Tak sangka dah jadi matang di pandangan adik2. Terutama budak 1KAA *kelas aliran agama. Aku tak tau la kenapa. Ada aku lalu depan kelas tu, ada 1-3 junior perempuan lambai kat aku. Aku rasa macam, "Eh, apahal lak budak2 nih." At last, aku lambai sampai lemparkan senyuman sampai ke mata. Betulla orang cakap yang senyum boleh berjangkit. Kengkadang ada junior2 lelaki cakap, "Hai kakak rasyidah". Hakhakhak. Suka lak aku sekejap.

Maklum la, dah lama dah aku tak merasa orang panggil aku kakak lepas arwah adik aku meninggal dunia. Dia selalu panggil aku kak tam. Selalu jugak aku marah dia sebab panggil aku kak tam, aku takut aku jadi hitam. Time tu aku umur berapa kann? Bawah 10 tahun.

Ada satu malam tu pada tahun 2005, semua adik beradik dengan mak ayah duduk kat ruang tamu. Time tu aku tengah baring. Pahtu, mak aku cakap, "Syidah dah takde orang yang nak kena marah sebab takde orang lagi nak panggil dia kak tam". Dengan serta merta aku menangis. Kuat betul, depan adik beradik aku. Lepas tu, aku ambik gambar dia, aku tenung puas2. Aku hiraukan semua family members aku.

Kak long aku ada nasihat sesuatu. Tapi aku dah terlupa. Macam mana aku tak rasa bersalah? Sebab selama dia hidup, aku selalu je buli dia. Eventhough time dia tidur pun aku selalu je kacau dia. Mak aku selalu cakap, bila aku berhadapan dengan budak2 lain, aku buat baik. Tapi bila dengan adik sendiri, aku buat jahat.

Untung la korang ada adik sendiri tak kira la lelaki atau perempuan yang masih hidup. Tak macam aku. Dah la aku selalu buli dia. Kalau lah aku dapat putar balik masa, aku harap, aku selalu buat baik dengan dia sampai hujung nafas dia. Kalau lah .....

Tiap2 pagi lepas perginya dia, aku selalu berharap kalau lah pemergian dia hanyalah mimpi. Kan bagus.

Jadi, aku nasihatkan korang. Jagalah adik korang baik2 supaya korang tak rasa apa yang aku merasakan sebelum ni dan tak nak kau menyesal di kemudian hari. Begitu juga kat family members yang lain. Imagine kalau diaorang takde lepas ni, apa yang korang nak buat sementara diaorang masih hidup, wahai pembaca yang ada feelings? Renung-renungkanlah. Al Fatihah kepada yang dah takde :-|

Selain itu, nak wish yang semoga mak, ASIYAH BTE MOHAMMAD panjang umur dan murah rezeki dan sihat sentiasa *drp darah tinggi kencing manis gout etc etc etc etc, dan juga dilindungi Allah subhanahuwataala. Saya nak hadiahkan sebuah ijazah kepada mak. Nanti mak tengok tau :)
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.