Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

21 January 2011

Saya telah tekad. Hihihi

Bismillahirrahmanirrahim,

Tepat waktu rehat tadi. Kami berambus daripada kelas untuk keluar rehat. Sampai la suatu ketika saya ternampak Fasihah sedang memperagakan diri di pintu belakang kelasnya. Ya, itulah tabiatnya sejak dari form 2 dan saya sudah masak dengannya. Terjadi la sebuah conversation saya terhadapnya.

Saya pun titiba menanya tentang matapelajaran tasawwur Islam terhadapnya. Ya, benar. Dia telah mengambil matapelajaran tasawwur Islam sebagai matapelajaran tambahan. Jadi, saya pun jeles dan mahu mengambil dan bersaing dengannya. Saya pun menanya tentang siapa lagi yang mahu mengambil sebagai matapelajaran tambahan. Dia pun berkata bahawa fatihah, atiqah husna juga mahu mengambil. Maka, semangat saya berkobar-kobar untuk bersaing dengan mereka.

Sebenarnya saya ada beberapa alasan untuk mengambil Tasawwur Islam. Saya ingin lebih mendekati pencipta saya iaitu Allah subhanahu wataala. Saya juga akan memaksa diri untuk menghafalkan 99 Nama Allah :) Kakak saya pernah mengambil tasawwur Islam. Jadi, saya nak gunakan buku rujukannya. Siapa lagi yang mahu guna kalau bukan saya? Act, saya tak nak target semua A1. Saya cuma menarget physics, chemistry, LK, add maths untuk mencapai apa yang saya mahukan kelak.

Kalau diberi peluang, saya ingin sekali hendak mengambil geografi sebagai matapelajaran tambahan kerana saya betul-betul gila-gila minat dengan geografi :)

P/s : Ada sorang budak india berani mengambil tassawur Islam. Hebbat!!
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.