Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

19 January 2011

Banyak dugaan jadi ketua kelas lah konon =.=

Bismillahirrahmanirrahim,

Tugas hari ni memang membebankan sebagai ketua kelas yang baru. Hade ke patut semua duit kelas dah dihabiskan terhadap benda yang dah la buruk nak pitam. Corak dah la buruk. Naik muntah biru aku tengok. Buruk!! RM1 sekeping. Pahtu beli 42 keping, RM42. Diskaun pun takde. Memang geram betul aku time aku tengok resit pembelian barang2 kelas. Lain kali, jangan beli barang kat ***** B**j*y*. Budak2 dalam kelas pun cakap tak nak beli kat sana sebab mahal. Walaupun 10-30 sen mahal daripada kedai lain. Tapi, bagi keturunan peniaga macam aku ni memang terasa la kerugian dia tu. Si penolong kelas tu pun satu, memandai je suruh si S ni pergi beli barang. Taulah S ni anak saudara kepada pemilik **t** B**j*y*. Pahtu nak beli kat sana konon. Tak yah la kau nak memandai beli kat kedai cekik darah tuh!

Bappak rugi siaa. Banyak benda yang tak berfaedah lagi buruk sampai aku nak pengsan tengok diaorang. Beli pinggan kertas, pahtu nak tulis nilai2 murni. Last2 buang. Beli kad kecik, tampal kat luar pintu. Tapi kecik, tak nampak! Tak guna la tulis nama kat situ kalau tak nampak. Kecik kad tuh. Pahtu memandai beli sugar paper, dah la sugar paper cepat pudar bila kena cahaya matahari.

Kertas pembalut hadiah tu asalnya nak balut meja. Aku bantah la, aku nak yang tikar. Pahtu diaorang kata tikar getah mahal. Semeter RM12.90. Kepala hotak kau. Kau tengok la kau beli kat kedai mana bai? Kau survey la harga sikit. Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Tak reti gunakan hak pengguna betul.

Pahtu dengan si bekas Ketua Kelas 3B ni. Iaitu penolong kelas 4G sekarang. Iaitu budak ini. Yang nama J tu. Dia bajet je, dia cakap dulu time dia jadi ketua kelas, banyak kerja betul daripada aku sekarang. Bajet dia buat banyak kerja. Kalau kau dah buat tu, buat je la. Nak ungkit2 pahal? Macam aku nak dengar la sangat. Bila aku suruh kira siapa yang tak datang, dia balas2 lak dengan hujah2 dia sebagai jadi ketua kelas dulu. Yang lepas tu biar la lepas, cik adik oii. Tak yah la mulut tu nak laser sangat. Kalau tak larat sangat nak buat, berhenti la jadi penolong, ramai lagi aku boleh calonkan jadi penolong la. Dia kata je ***** tak buat kerja waktu ***** jadi penolong 3B dulu, padahal si J tu yang sekarang tak buat kerja. Gedik lah kau.

Lagi satu aku tak puas hati, memandai2 nak beli mangga pintu. Siapa la nak curik barang2 dalam kelas tu. Dah la takde la lawa sangat. Siapa yang curik tu memang sengal la, sebab dia tak pandai bezakan barang yang patut dicuri. Cakap pasal curi ni, buku teks matematik aku takde time aku check beg tadi. Dah la time nak balik lepas latihan merentas desa tadi, beg aku terbukak tanpaku ketahui puncanya. Risau lak kalau dia hilang. (Risau la sangat =.=)
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.