Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

23 December 2010

Hebat kan aku ni? Hahas

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku tak tidur sampai pukul 7 pagi. Maksudnya sampai sekarang la. Dalam entri lepas bajet je nak tidur awal, padahal mana ada tidur sampai 7 pagi. Tapi minggu lepas punya hari khamis lagi pecah rekod. Sampai pukul 1 tengah hari tak tidur! :O Can you imagine that?

Time pukul berapa entah tadi. Pukul 2 kot. Ada orang hantar mesej kat FB chatbox. Dia tanya pakai baju sekolah ke baju biasa esok(today). Aku cakap la pakai baju kurung biasa je.Dia cakap, nanti pengetua marah kang? Pahtu aku cakap bali, asalkan tutup aurat. Kita ni bukan jahat sangat sampai nak pergi sekolah pakai baju punk. Takkan la baju kurung pun tak leh? Pahtu dia tanya lagi, kau pakai kasut ke? Pahtu aku cakap aku pakai selipar jepun je.

:O Nama orang yang conversation dengan aku tu ialah www.hizamidongding.blogspot.com

Dia ni kira junior blogger aku. Kesian. Dia ada blog lama, tapi lama sikit daripada www.hizamidongding.blogspot.com iaitu www.hizamidingdong.blogspot.com , tapi dia lupa password =.=

BTW, pukul 4.30 pagi tu. Aku tengok ulangan Wanita Hari Ini. Ada tajuk2 dia yang best2. Tajuk ulangan tu Buang Emak. Memang sialan la orang yang buang mak dia nih. Takkan la takat lumpuh pun nak buang emak? Eleh, kalau ada isteri lawa2 dan seksi2, kalau mati pun nak bawak mayat tidur sama la konon. Ini mak baru lumpuh sebelah badan nak tinggalkan, katanya nak kebebasan. Padahal sebelum mak dia dapat strok, layan dengan baik sungguh! Bajet nak kebebasan. Hahahahahas! Tahik kamoo!

Pahtu pukul 7pagi tadi. Telefon berbunyi, sibuk je call pagi2 buta ni. Ghopenya kak long aku yang call. Dia bising sikit, dia kata broadband dia tak leh guna walaupun udah dibayar. Bla bla bla. At last, aku cakap, harini result PMR keluar. Ada lak dia cakap, "Oh, yeke? Harini 23 ke?" Aku rasa macam =.=. Ni mesti kes tak tengok berita nih.

Entri ni bakal menjadi panjang sikit. Aku nak luahkan segala yang bermain kat fikiran.

Nanti tudung yang nak pakai nanti aku cilok kak ngah aku punya. Takpe. Dia tak marah.

Pahtu, si fatihah ajak lepak pergi cc lepas dapat result PMR. E'eh. Pahtu, aku cakap. CC je? Nape tak pergi disko ke pub ke. Pahtu dia cakap, "sume aku nak". Act, for what aku nak lepak cc? Rumah sendiri pun ada cc(internet+pc+laptop+printer). Takpe2, sementara aku ada duit ni. Sedekah je kat cc tu.

Dan aku rasa aku nak tidur selama 1jam setengah. Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.