Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

07 December 2010

Aku ada sebuah cerita untuk kau

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku ada sebuah cerita untuk kau. Kisah cerita dan watak2 dia lain, tapi tema yang aku nak bawak tu sama dan tema tu berlaku kat aku T_T

Azraei meminati seseorang gadis yang bernama Jihan. Kesopanan dan kelembutan Jihan telah menarik hati Azraei setelah ditinggalkan kekasih hati bernama Alisa yang bermata duitan dan dasar tak sedar diri nak mampus. Azraei juga mempunyai seorang kawan perempuan yang bernama Hamraa. Sifat serta perangai Jihan dan Hamraa amat berbeza sekali bagaikan langit dan bumi. Jihan bagaikan seorang puteri dari kayangan (kayangan la sangat) manakala Hamraa bagaikan gangster dari tingkat atas Pavilion, tapi tak ganas sangat macam Crows Zero.

Bagaikan suatu kebetulan, Hamraa dan Jihan berkawan baik dari kecil lagi tetapi Jihan telah berpindah. Sekarang, Jihan telah kembali untuk menuntut ilmu di Mansorian High School bagi meneruskan pengajiannya di Tingkatan 4 setelah mrsm mereject Jihan semata-mata Jihan membawa haiwan peliharaannya iaitu kerbau import dari Indonesia.

Okey-okey, aku dah tak boleh tahan nak sambung cerita nih. Lawak betul. Sakit tengkuk aku nak gelak. Tapi sekurang-kurangnya kesakitan hati aku terubat sedikit. Tapi takde watak lelaki dalam cerita sebenar aku lol. Tema dia ialah mutualism. Aku kasi dia makan, tapi aku yang lapar. Macam tu la. Aku kasi dia gembira, tapi aku yang sakit hati. Grr.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.