P/s : Cerita panjang, sepanjang 200 ela.
Aku taip nih nak cerita pasal benda yang berlaku kat sekolah tadi. Ni kan diary online =.= Banyak peristiwa yang berlaku hari nih. Termasuklah peristiwa yang menyakitkan hati dan etc etc etc.
Waktu pagi tuh, tak tau lak malam tadi hujan. Tengok tapak perhimpunan. Basah je. Seperti biasa kalau tapak perhimpunan basah, perhimpunan takkan diadakan melainkan ada perkara betul-betul-betul penting. Borak2 kat astaka. Pahtu masuk kat bilik APD(alat pandang dengar).
Pahtu, tarik meja sebab nak buat pertandingan kolaj. Najwa dengan Harizah ajak pergi bilik sukan. Ikut gak. Tapi tunggu kat luar. Dah berapa hari entah aku tunggu, aku pun balik pergi APD balik. Tak jauh pun. Blok yang sama.
Pahtu, titiba Najwa masuk dia panggil aku untuk tolong tanda kertas cikgu YUSOFF. Pahtu aku terima jelah lamaran dia tuh. hawk hawk hawk! Pahtu si fasihah pulak tanya2 apekebende yang aku nak buat. Dah explain kat dia, pahtu pergi bilik sukan. Lupa bawak pen merah, pinjam kat Fasihah.
Masuk balik. Harizah cerita amende entah dalam stor sukan tuh. Aku layan je la. Cikgu pun layan je la. Najwa je suka membantah. LOL. Pahtu cikgu dah blah. Pastu gelak huhahuha dalam stor sukan. Aku suka perli2 harizah. Ada satu ayata yang terngiang2 kat telinga aku sekarang, "Kau ni apahal Rasyidah?". HAHA. Aku suka dengar ayat tuh.
Ada orang pasang Sinar.FM. Terpaksa lah dengar lagu2 retro. Teringat kat lagu cek mek molek lagu daud kilau tuh. Pahtu nyanyi la sikit lagu dia. HAHAHA. Bunyi loceng menandakan waktu rehat kedengaran. Harizah nak makan nasi dagang dia. So, dia pergi berambus awal sikit. Takpe2, dia takut nasi dagang dia basi kot.
Dah out tuh. Pergi tempat beli french fries. Aku cakap, "Abang, bagi kentang RM1". Harga dia memang RM1. Pahtu boleh lak atuk tuh kata, "Beli ke bagi?". Eiii! Annoying betul! Pahtu aku beli kuih sikit. Beli air kotak. Perisa buah yang macam laici tuh. Pahtu ada cikgu koko datang, dia tanya cukup ke? Erkk?! apa yang tak cukupnya. Ini dah kira banyak berbanding nasi dagang tuh.
Masuk bilik APD memandangkan rait kertas tuh dah habis, kami cuma terpaksa buat kolaj. Benci kolaj. Boring! Dah semua hantar, tak siap pun hantar. Ada dua orang kembar nih. Afiq dengan afifi. Diaorang asyik tunjuk2 hadiah saguhati mereka kat aku. Tampar kang! GRR. Tau la aku tak dapat. Sengal. Pahtu cikgu YUSOFF datang lagi. Dia pusing sana, pusing sini. Kata nak cari Najwa. Padahal Najwa depan aku =.='' Dia mintak tolong key in semua markah yang kita rait tadi. Aku terus mengesyorkan diri. AHAKS
Masuk lagi bilik sukan. Cikgu pasang radio lagi. Bla bla bla. Aku ada tegur cikgu tuh pasal ada mangkuk penuh dengan air pahtu ada ****** kat dalam mangkuk tuh. Dia cakap, "Ye ke?". Adess. Dia ada kasi Najwa satu aiskrim Kornetto. Aku cakap, "Satu je?". Pahtu dia hulur satu aiskrim Kornetto kat belah kanan aku lak. LOL.
Pahtu ada setting kena buat. So, cikgu tu buatkan. Kemudian, dia makan aiskrim Kornetto gak. Dia kunyah2 atas kepala aku =.='' Menggerunkan.
Bla bla bla. Etc etc etc. Balik. Penat betul hari nih.
Second P/s : Aku geram dengan kembar tuh. Tengok la. Hari ni hari kau. Esok lusa hari aku lak.