Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

23 October 2010

Skema Jawapan Treasure Hunt

AKU TAK TAU APA MASALAH POST NIH DAPAT BANYAK VIEWS =.=''


Bismillahirahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

Intro : Treasure hunt nih salah satu program yang dibuat khususnya untuk budak lepasan PMR yang hidupnya amat terbengkalai macam aku. Ya. Takde benda nak buat. Asyik online facebook je. Aku pun naik muak, loya, mengidam, pening tengok facebook tuh. Treasure hunt nih macam explorace kat tv3 dulu. Kita kena cari klu dan jawab sialan soalan dia. First time main, waktu join perkhemahan perdana harituh. Best la jugak. Nikmatnya amat umph!

Kali ni ingat boleh pilih group, tapi cikgu pilihkan. Kita orang kena kira 1 sampai 12. Ada la perasaan tidak puas hati timbul sikit, sebab diaorang main tukar2 group. Ciss.
Syukur alhamdulillah, aku dapat group orang yang aku kenal.
Okeh, tiba la masa aku keluarkan skema jawapan tuh yang aku mintak daripada Encik Mohd Yusoff bin Mohd Yaakob.

Soalan 1
Sila lukiskan bendera Negeri Sembilan di atas sehelai kertas.
**Ops, takde kertas =.=''

Soalan 2
i) 12345679 x 45 = 555555555
ii) 12345679 x 63 = 777777777

Soalan 3
A=0, B=1........................ P=P, R=R........
i) SU709 SO940T P39T694 : SUKAN SANGAT PENTING
ii) R0J69 D09 US050 T09440 73J0Y009 : RAJIN DAN USAHA TANGGA KEJAYAAN
iii) 13RT0944U5 6TU P392UR6 80S0 : BERTANGGUH ITU PENCURI MASA
**Soalan yang dia kasi salah. Tapi kumpulan yang berjaya menempuhi soalan ini ialah Kumpulan 4. Tahniah!

Soalan 4
Cantumkan titik-titik di bawah supaya menjadi satu gambar yang lengkap dan sempurna.
**Lagi sempurna kalau hujung tangan dengan kaki teddy bear tu bulat. Tahniah kepada Kumpulan 2 sebab gambar teddy bear anda telah dicapture.

Soalan 5
i) Tuliskan 10 buah negara yang bermula dengan huruf B.
  • Brazil
  • Belanda
  • Britain
  • Bangladesh
  • Burma
  • Bosnia
  • Belgium
  • Bulgaria
  • Brunei
  • Belarus
  • Bolivia
**Ada orang jawab Bengkok.
ii) Tuliskan 5 buah negara yang bermula huruf I tak termasuk Israel.
  • Iran
  • Iraq
  • Indonesia
  • Itali
  • Ireland
  • Iceland
  • India
Soalan 6
Jawab teka-teki berikut
i) Bagaimanakah caranya untuk mendapat tepukan gemuruh ketika berucap? : Bila banyak nyamuk.
**Tak sangka itu jawapan dia =.=''
ii) Pokok apakah yang paling berani di dunia? : Pokok pisang


Soalan 7
Tuliskan nombor kereta guru kaunseling sekolah anda
i) Cikgu Azman : MBT 21**
ii) Cikgu Aini Rozita : NCB 64**
iii) Cikgu Anitha : WMA 40**


Soalan 8
i) Kirakan jumlah kerusi panjang yang terdapat di kantin sekolah anda : 84
ii) Kirakan jumlah pintu yang terdapat di dewan sekolah anda : 16


Soalan 9
Tuliskan nama-nama bagi alat dalam permainan catur(chess). Tuliskan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Contoh : castle (kota)
  • King (raja)
  • Queen (permaisuri)
  • Knight (satria)
  • Bishop (biskop)
  • Rook (benteng)
  • Pawn (tentera)
**Dalam kebanyakan jawapan, sorang pun tak tulis rook. Tapi Kumpulan 5 tulis rock. Okey la jugak, at least dia ingat sikit. Bagus2.

Soalan 10
Apa yang perlu kita lakukan semasa menyanyikan lagu NEGARAKU?
  • Berdiri tegak
  • Menghayati lagu
  • Tidak bercakap
  • Memandang tepat kearah bendera
  • Menyanyikan dengan penuh semangat
** bermaksud komen daripada aku.
P/s : Sesiapa yang nak tuntut kertas jawapan dia, sila mengikat jamin dengan harga RM100 000. Terima kasih :D
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.