Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

21 October 2010

Betul ke aku jadi pengurus futsal group perempuan?

Bismillahirahmanirrahim,

Salam 1 Malaysia semua peminat! HAHAHA

Takde lah, minta maaf kalau cakap kau peminat setia. AHAHA. Aku suka syok sendiri. Tapi kali ni aku tak tau la aku nih syok sendiri ke tak.

Pagi tadi, latihan futsal lelaki dengan perempuan telah diadakan. Oleh sebab aku ingatkan hari nih latihan bola jaring, so aku kat pakai baju sukan. Sebab aku tak suka bola jaring =.=''

Walaupun ada orang pakai baju sukan, tapi beberapa orang tak nak take part dalam futsal nih. Aku dah diberitahu yang latihan futsal ni membawa sekolah kami ke peringkat sekolah dan bertarung dengan sekolah lain.

Waktu berlatih tadi pagi, aku saja tengok2, pastu try la sikit2 main memandangkan aku ni memang tak aktif sukan macam badak =.=''

Tengah diaorang berlatih, aku cadangkan "Apa kata kita buat training petang nih". Pastu diaorang tak dengar, kemudian aku cakap lagi sekali, "Apa kata kita buat training petang kang". Lepas tu diaorang kata okey je. Kemudian aku pun mencadangkan kat cikgu sukan sekolah kami yang bernama Encik Mohd Yusof bin Mohd Yaakob. Kemudian, cikgu tu kata okey je. Pahtu, cikgu ajak aku pergi tengok diaorang berlawan jugak nanti. Yeay! Pahtu si mila kata, "Wah, pengurus tak berbayar". Lebih kurang itu la ayat dia.

Pahtu, dalam surau aku cakap kat bebudak futsal, mereka pun kata aku sesuai jadi pengurus futsal. HEHE :P Segan pulak =.=''

Kemudian, petang ni. Iaitu sekarang. Aku datang jugak. Saja nak tengok diaorang training. Pahtu ada bincang sikit2 dengan cikgu seperti bla bla bla.Tadi ada tangkap gambar diorang bermain, tapi pakai handphone orang lain. Okey, next time aku bawak kamera, tangkap aktiviti diaorang okey?

Nama pemain2 futsal yang hadir petang nih:
  • Fatihah Shamsudin
  • Fatihah Rika
  • Fairuz
  • Atiqah
  • Ismaniza
  • Hasyimah
  • Laila
  • Deepa
  • Rasyiqah
  • Fiona

Yang paling aku banggakan ialah Deepa, tak sangka dia ada semangat nak datang walaupun takde pemain India lain. Yeah! Hidup 1 Malaysia :D

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.