Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

07 September 2010

Lawatan Sambil Belajar ke Cameron Highlands, lagi sekali?!

Bismillahirrahmanirrahim,



Cikgu2 kata, lepas PMR, banyak program yang menanti kitaorang. Salah satunya ialah Lawatan Sambil Belajar ke Cameron Highlands tapi khas untuk budak2 lepasan PMR saja. Hati aku terdetik nak pergi lagi sekali walaupun tahun lepas dah pergi lawatan ke Cameron Highlands masa bulan 7 marin. Sebab nak pergi ialah:

  • Ada kawan, yihii

  • Nak tidur sama kawan2 macam haritu

  • Boleh rapat2 (maksud lain)

  • Boleh muntah kfc lagi =.=
LSB (lawatan sambil belajar) yang aku ikut biasanya dianjurkan oleh Kelab Geografi yang pentadbirnya ialah Cikgu Ruslina. Memang dah takde LSB kelab lain pun yang aku ikut.

Tahun lepas, cuma 4 orang budak tingkatan 2A yang malay saja pergi iaitu Eras, Aiyen, Najwa dan Honey. Memang syok la tahun lepas. Tapi time tu takde blog lagi. Pastu, ramai senior yang kacak2 lagi macho2 pergi.

Kitaorang tinggal kat hotel tepi jalan, tapi hotel yang kita berempat dapat paling best. Kakak2 tingkatan 6 atas cakap "Eh, bilik korang ada tv kan? Bilik kakak takde tv pun". Hmm, rasanya dah nasib kakak memang macam tu kot. Nak buat macam mana? Haha:D Ada HBO lagi tv kita orang. Aku ingat lagi, lepas makan malam kat kedai tepi jalan, amat pedas doh, kitaorang balik hotel tengok cerita KELIWON. Cerita pasal nenek tua yang tak mati2 lagi. Dah mati, tak mati lagi. Dah mati, e'eh tengok tak mati. Lepas tu, ada dialog dalam cerita tuh, kitaorang asyik ulang dialog tu je.

Aku dengan Aiyen letak status kat habbo yang kitaorang nak pergi LSB ke Cameron Highlands


Bila terkenang2 memori tahun 2009, waktu tu lah aku selalu online dan memang giler online habbo dengan qwertyuiop1234nie. Aku harap dia call aku pada pagi raya dan aku juga mahu memberitahunya bahawa aku masih sayang dan masih teringat kenangan kita bersama. Arghhh! ILY qwertyuiop1234nie. Andainya kau tengah baca sekarang, adakah engkau masih mengingati waktu kita bersama dulu?

P/s : Mungkin ramai orang berfikiran. Eras nih memang suka pergi LSB ke? Asyik pergi LSB je. Tak rugi duit mak bapak ke? Kesian mak bapak ko kerja penat2, ko habiskan duit diaorang je. Okey, jawapannya ialah aku ni jenis tak suka jalan2 dan bershopping. Jadi aku ni memang orang yang modal murah. Pergi LSB je lah aku punya rutin tahunan. Tak puas hati dengan jawapan? Sila face-to-face dan mari kita berdebik sekali :D
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.