Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

25 July 2010

Jumaat, 23 Julai 2010


Saya cerita pasal 22 JULAI 2010 dulu.
Waktu tu aku gelabah gila sambil tersengih2. Memang rugi la aku tak buka fb 21 Julai haritu. Kalau aku dapat tahu awal2, boleh la aku prepare. Aku rasE aku dah tau hari pasal 22 Julai tuh, dan aku dah tulis dalam buku pun. Tapi aku jarang buka book tuh dan juga facebook(perasan tak ada aku tak online? Time tu aku tengah mogok)

Aku pun gelabah la nak kasi apa. Nak gi kedai pun, kedai apa bukak pukul 11 malam? Sebab aku pun baru tau malam tu gak. Gila arh! Alangkah bagus daya ingatan aku sekuat besi. Aku pun masuk bilik, ambil kertas A4, sampul surat jenama LION, pensel warna LUNA, pen marker, higlighter, pen STABILO warna-warni punya. Aku pun tulis la dengan ayat yang tunggang langgang tuh. Nak buat seni potong-potong kat kertas pun aku tak mampu. Takat tu je yang aku mampu. Dah tuh, aku ambil la satu benda untuk dijadikan hadiah. FYI, benda tuh baru lagi. Belum pakai.

Lepas tu kena cari kotak. Haish! Takde kotak la, what to do, what to do! Berbekalkan dengan ilmu yang KakNgah aku kasi dan dia amat kreatif tuh, aku pun try la buat kotak selepas dah berbulan dah lama tak buat. Jadi pun! Untuk mengurangkan kebosanan kotak buatan pakai risalah laptop DELL tuh, aku pun tambah reben yang kira lawa la bagi aku. Bagi aku la.

Ahh dah siap, tunggu esok jelah kasi benda alah nih walaupun aku dah terlambat satu hari.

24 Julai 2010
AKu bercadang datang awal pagi nih sebab aku nak taruh hadiah ni kat meja dia. Tapi, pagar lak menjadi masalah. Kunci daa. Haish. Kalau aku nakal, dah lama aku panjat. Aku pun pergi la balik ke dewan untuk rasE Sentuhan Rohani. Dah habis tuh, aku tunggu kat luar dewan dengan hadiah dengan surat tuh. Aku pikir nak kasi dia time dia keluar kat dewan tuh. Tapi ramai orang la pulak. Segan!

So, aku pun bergegas pergi kelas dia. Aku lari, aku nampak dia kat belakang. Tapi jauh la sikit, lebih kurang 3 meter. Aku pun bergegas lagi naik tangga. Time dah habis anak tangga aku naik tu, aku ada 2 pilihan, nak pergi kelas dia ke aku nak pergi kelas aku yang kat sebelah kanan dan kelas dia kat simpang belah kiri. Aku pun tak berfikir, aku terus pergi sebelah kiri. Aku masuk kelas. Semua orang pandang aku. Sume kakak dan abang yang berbangsa Cina. Aku pun dengan termengah-mengah tuh, aku tanya mana tempat DIA? Pastu ada kakak tuh dia cakap sini. Aku pun pergi, aku cakap tolong kasi kat DIA tau. Terima kasih.

Fuhh! Part paling best. Aku berlari sepanjang koridor Blok E.Dengan junior2 yang dok bertenggek kat koridot tu pun aku lunggah. Sampai kelas, aku gelak terbahak-bahak. Lepas tu, aku baru teringat aku ada tulis tarikh yang silap. OMG! Malu seh.

Ada Teknik Menjawab Kertas Maths.

Waktu rehat, aku ajak Fatihah lepak. Lepak lama sikit. Haishh!! Kelas2 menengah atas dah rehat la. Mana aku mau sorok muka aku ni dari DIA? Aku pun lepak jap, minum air soya. Pastu ada banyak lagi tapi terpaksa buang. Pastu aku redah la jalan la. Ikut kat pelan nih.



Aku nampak DIA dari jauh dah senyum kat aku. Nampaknya ada jodoh la. Apa taknya? Aku sengaja lalu kat atas rumput sebab nak amik shorcut dan tidak bertembung dengan DIA. Tup-tup, dia pun join aku lalu atas rumput. So, kami bertembung. DIA salam aku. Pastu aku tergamam la sikit. Wahaaa! Pastu tu dia lekatkan pipi dia kat pipi aku. Lagi tergamam. AKu rasE nak peluk dia tapi dia tengah pegang buku. Dia pun cakap yang dia ada kena pergi KEM ELIT. Tu la kena balik awal daripada waktu yang sepatutnya. Haish. Kalau kem tu takde, mesti kita orang boleh pakai fb dan chatting.

Fatihah ada suruh aku minta sesuatu kat DIA tapi aku segan dan malu!

Aku ingat lagi, dia ada cakap kat aku "Nanti buat la eksperimen ni tahun depan(ekperimen kimia waktu SC and Maths Exhibiton harituh)". Okey, aku akan jadikan ni pendorong dan aku akan buat gak ekperimen ni. Siapa ambik eksperimen ni tahun depan, aku belasah dia sampai dia lunyai. Pastu aku blender dia. Jual kat Bahau. Taruh perisa strawberi, padahal perisa darah. Fresh.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.