Tahu tak apa maksud ese? Ese tu maksud dia aku.
Wokeyh. Tahu tak apa maksud abang? Siapa tahu angkat ketiak! Maksud abang berdasarkan Kamus Dewan ialah
1. Saudara lelaki yang lebih tua daripada seseorang (biasanya seibu seayah dengannya)
2. Panggilan khusus kepada saudara tua laki-laki, adik-beradik
3. Panggilan kepada seseorang yang lebih tua sedikit
4. Panggilan kepada suami
Yang aku nak cerita kat sini pasal yang 1 dan 2. Bukan nombor 4. Ahaha:P Tutup kamus.
Aku tak tahu apasal aku titiba nak taip pasal dia. Mungkin sebab hari ulangtahun kelahiran dia dah nak dekat. Iaitu pada 14th July nih. Kalau aku cakap aku ada abang, mesti ramai tertanya-tanya, macam “Eh, kau ada abang ke? Umur dia berapa? Dah kerja? Apa nama dia? Hensem tak?”. Ermm, brrr.
Okey, sekarang gak aku jawab. Ya, saya ada seorang abang. Dia lahir tahun 1989 tapi aku tak ingat umur bape sebab umur sentiasa berubah-ubah, tapi tahun lahir tidak. So, senang la nak ingat. Ya, dia dah kerja kat PERODUA. Syukur alhamdulillah dia dah dapat kerja awal tahun harituh sebab sebelum nih aku risau, tensyen tengok dia takde kerja (aku kuat tensyen). Nama? Hmm. Nama dia mula huruf R. Aku suka dengan semua nama adik beradik aku. Semua mula huruf R. Takde Mohd, takde Muhd, takde Nur, takde Nurul. Amat spesial bagi aku. Name tag pun tak payah sulam banyak-banyak. Waktu kahwin pun tak payah sebut panjang-panjang. Hensem eh? Hensem itu subjektif. Sama dengan cantik. Cantik pun subjektif. Mungkin aku cakap tak hensem, kau cakap hensem dan vice versa. Tapi bagi aku, boleh la.
Nak cakap pasal pekerjaan dia. Dia kerja kat PERODUA. Shah Alam tak silap. Ok, start tahun 2007 dia ambil Kimpalan Arka dan Gas kat Institut Latihan Perindustrian Pedas(ILP Pedas). E’eh, aku rasE bestlah kimpalan. Tapi risiko memang banyak la kalau kita kerja kat bahagian nih. Dia punya percikan api tu boleh kena mata kalau tak pakai alat keselamatan dan boleh menyebabkan buta. Waktu dulu-dulu aku tak tahu maksud kimpalan. Sekarang baru aku tahu. Aku rasE macam aku memang gembira betul waktu dia dapat kerja. Tapi bab-bab perasaan aku tak tunjuk kat muka. Biasanya aku buat muka orang takde perasaan. Dia kerja kat PERODUA tuh bukan sebagai yang buat kimpalan tuh, tapi benda lain. Aku pun tak tahu nak sebut.
Dia ada motor. Kereta belum ada rezeki. Tapi kalau dia balik mesti dia pandu kereta Myvi warna putih. Aku tak tahu kereta siapa. Kereta makwe dia kot. Aku harap kalau dia pandu motor, dia pakai sekali dengan helmet. Kalau dia pandu kereta pulak, dia pakai tali pinggang keselamatan. Takkanlah nak suruh dia pakai helmet time pandu kereta kot. Dah macam racing tuh.
Maka, dengan ini terumumlah yang aku ada abang.