Yeah, intro. Intro please. Mula-mula nak cakap pasal mentor. Budak-budak DM yang terpilih diberikan mentor sendiri tanpa memilih. Setiap orang diberi 2 mentor. Setiap 2 mentor diberi 3 protégé. Aku pun tak sangka dapat mentor ni iaitu Panitia Pendidikan Islam dan ada lagi seorang iaitu Panitia Pendidikan Seni Visual. Waktu ceramah ni hari Jumaat bulan Februari marin. Aku ambil poin penting je. Lepas tu, aku olah sendiri untuk membentuk karangan jenis fakta. Berikut adalah karangan tu.
Wanita dianggap seperti penyeri hidup kaum Adam dan juga sebagai perhiasan. Akan tetapi, wanita juga dianggap seperti jerat dan perangkap lelaki. Couple atau berpasangan ialah haram. Perhubungan seseorang wanita dan lelaki hanya sah apabila mereka telah berkahwin. Berkahwin adalah salah satu jalan untuk mencegah diri daripada perbuatan zina dan maksiat yang terkutuk.
Ramai yang tertanya-tanya, terpinga-pinga, mulut terlopong, air liur meleleh tatkala mendengar couple itu haram. Ya, ia haram disebabkan mereka akan duduk berdua-duaan tak kira di mana tempat. Kemudian, syaitan akan duduk melilit dan bertenggek di leher perempuan itu. Jadi, lelaki akan terpaut tak kira la leher si perempuan tu sempurna atau tak. Kemudiannya, mereka ingin rasEkan sentuhan dari pasangan mereka dengan cubitan dan pukulan manja(Euuw!).
Selain itu, perempuan yang nak pergi berdating ini akan memakai pakaian yang sendat, ketat dan jarang ditambah pula dengan wangian yang menggoda hati para lelaki. Kemudian, mereka tidak akan menundukkan pandangannya daripada terus melihat kekasihnya(sekali lagi, euuw!). Bahkan, suara perempuan yang sebelum ini ganas, brutal, rock, black metal akan didayu-dayukan dan dilembut-lembutkan(hahaha, tak teringin nak dengar). Akhir sekali, hati dan fikiran mereka sentiasa memikirkan tentang kekasihnya dan kemudian tanggungjawabnya kepada agama pun dilupakan.
Akhir-akhir sekali, jauhi bercouple. Kalau nak bercouple jugak, lantak kau la. Aku dah laksanakan tanggungjawab aku dah.
P/S : Mungkin sesetengah couple tu mengatakan diaorang tak buat semua benda yang aku liskan(listed) tapi maybe diaorang tak sedar yang diaorang pernah membuat salah satu daripadanya seperti melawa. Wanita dan lelaki mana tak nak melawa pergi jumpe couple diaorang dan perempuan mana yang cakap secara ganas bila diaorang jumpa couple diaorang? Mestilah diaorang cakap lembut-lembut padahal bila jumpa je kawan perempuan, “Yo wassup, bapak bengap kau ni, kau ni bab* la, bodoh la kau, wei pekak!”.
P/S kedua : Jangan benarkan tangan kita(perempuan) memukul atau mengusik lelaki walaupun kita tengah marah(aku selalu buat dulu T_T) sebab diaorang(lelaki) akan bertambah suka. =..=”