Pagi 24 jun tu iaitu 12-3 pagi aku tak tidur sebab siapkan kerja kursus tuh. So, dalam bas. Tidur la apa lagi. Baba black sheep. Cerita tahun 2000an ditayangkan. =..=" 2005 boleh la lagi. House of Wax
Naik bas. Pergi Tanjung Piai. Tangkap gambar mercu tanda dia.
Kita teruskan perjalanan. Masuk dalam dewan kecil.
Waktu jalan jumpa ini.
Lepas tu jumpa ni, walaupun aku tak jumpa sebenarnya.
Terima kasih sebab ucapkan tahniah walaupun tak jumpa. Lepas tu, tadaa~ Ini dia destinasi kita orang yang sebenar.
Ok, terima kasih. Lepas tu balik ke sini dan ada perhentian kat situ.
dia ada tegur kitaorang sebab tak baca papan tanda yang diletak pun. Haha:D Siapa suruh tak baca? Aku baca apa. Ini bukti. Hahaha:D Tapi bukan yang tuh, ada yang besar lagi.
Dah sampai kat perhentian tuh, aku tengok ombak. best. Macam ada kat atas kapal. Lepas ada banyak kapal perdagangan yang ada kat negeri Singapura. Tak sangka aku dah tahap sini. Kat perhentian tadi, ada papan tanda yang menunjukkan arah untuk pergi
Wokeh. Cukup setakat ni. Balik, makan, naik dorm. Kakak tingkatan 6 tu lambat datang. Aku tunggu dengan penuh kebengangan. Masuk. Mandi pakai sabun Lifebuoy yang dipotong. Sebahagian besar tinggal kat rumah.
Lepas tu turun, naik bas lagi pergi Tanjung Piai(dorm dengan Tanjung Piai lain tempat walau pun nama sama). Ada aktiviti tengok kunang-kunang. Kena sampai sebelum 8.00 malam tak silap.
Dah keluar dewan, kena marah lagi sebab bising. Cikgu Ruslina pun marah. Budak laki tulah. Lepas tu ada nampak seekor kunang-kunang datang terbang kat kaki seorang minah. Lepas tu, jalan kat suatu tempat yang menjadi tumpuan kunang-kunang. tapi sikit je. Pastu kakak PUTERI ada tunjukkan sebuah plastic yang ada kunang-kunang dan larva dia yang tengah menyalakan abdomennya. Dia ada cakap 2 tahun lepas lagi banyak sampai ada satu pokok tu penuh dnegan kunang-kunang. Kalah pokok krismas. Itu dia yang cakap.
dan tak dibenarkan memegang pemegang dia sebab takut ada ular kapak bakau. Kepala aku terasa berat waktu jalan tuh.
Jalan kat sini lagi.
Dah sampai kat luar dewan kecil. Kita orang dibenarkan pegang sejenis lintah. Bulat lintah tu, warna kelabu. Aku ada pegang part mulut dia. Selamat tak terlekat selamanya. Beli sebotol 100 Plus.
Best uhh malam tuh. Kita orang berbual. Ingatkan nak berborak luar dorm. Tapi kakak tingkatan enam tuh, kunci. Lepas tu, ada kejadian BUANG PAD DALAM LUBANG JAMBAN. Bodoh. Habis kakak tu marah-marah. Bukan semua malay okey dalam dorm tuh! Keadaan luar tandas kurang memberangsangkan, jadi si fairuz cool ni mengsponsorkan kain batiknya untuk dijadikan kain lap kaki. Best uh borak-borak sampai pukul 1, aku tidur, dah tak larat nak buat lawak. Lupa ank cakap, semua orang nak cas fonn. Lepas tu ada orang nih, cas fon sambil main mesej. Lepas tu, dia kata belum penuh-belum penuh. Gayat. Memang la belum penuh, dah kau buat 2 kerja time tuh =..=” IQ tak guna. Kesian azura, dia nak wish mak dia. Mak dia ulangtahun harijadi esok. Azura tak habis-habis buat lawak dengan kacang cap tangan dengan chipsmore dia tuh. ahaha:DD