Intro - Artikel yang kau nak baca ni dipetik daripada sebuah majalah iaitu Majalah SOLUSI dan diulang cetak akibat permintaan yang banyak. Kebetulan aku dapat ilmu, so aku share kat kau la. Lepas kau habis baca ni, mesti kau rasE happy mungkin.
Soalan:
Adakah minyak wangi beralkohol najis? Saya terbaca pelbagai pendapat tentang penggunaan minyak wangi yang beralkohol, ada yang kata haram kerana ia memabukkan, ada pula yang kata ia bukan najis. Yang mana satu betul?
Jawapan:
Sebelum menjawab soalan ini, adalah lebih baik diterangkan secara ringkas apa itu alkohol yang digunakan di dalam minyak wangi dan yang dicampurkan dengan arak.
Alkohol terhasil daripada proses tindakan kimia biji-bijian dan kayu-kayuan. Alkohol yang dihasilkan daripada biji-bijian ini dinamakan “alkohol Etil” (alcohol Ethyl) atau “thanol”. Sementara alkohol yang terbentuk daripada kayu-kayuan pula disebut sebagai “Methyl” atau Metanol. Alkohol Etil dihasilkan biji-bijian yang diperam cecairnya sehingga menjadi bir atau wain digunakan untuk minuman, bahan bakar yang mesra alam dan juga sebagai pengawet ubat-ubatan.
Alkohol yang dicampurkan ke dalam minyak wangi untuk menyemarakkan harumannya bukan jenis ethanol sama yang digunakan dalam arak. Sebaliknya ia menggunakan etanol mutlak (absolute ethanol) yang merupakan alkohol yang hanya mencampurkan sedikit air dan bahan lain. Oleh itu, kesannya juga berbeza kepada arak, dan tidak lagi dinamakan sebagai arak. Malah alkohol jenis ini jika dimakan tidak akan menyebabkan pemakannya mabuk, sebaliknya MATI! (fulamak)
Kesimpulannya, ternyata minyak wangi yang mengandungi alkohol bukan najis dan boleh digunakan ketika bersolat. Ini juga adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa al-Azhar. Begitu juga pendapat Sheikh Syarawi dalam bukunya Anta Tas’al Wa Islam (Anda Bertanya Islam Menjawab) bahawa minyak wangi yang menggunakan alkohol bukan najis.
Nota Eras:
- Alkohol tindakan biji-bijian : alcohol Ethyl @ thanol
- Diperam hingga jadi bir @ wain untuk minuman, bahan bakar dan pengawet ubat
- Alkohol tindakan kayu-kayuan : alcohol Methyl @ Metanol
- Absolute Ethanol - alkohol+air+bahan lain(makan = mati) : Minyak wangi(berbeza dari arak dan bukan arak)
- Minyak wangi beralkohol bukan najis
Sumber : Majalah yang tak boring langsung ini boleh didapati di kedai jual karipap dengan harga RM9(Semenanjung