Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

22 May 2010

Program Mukhayyam Mawaddah Siri Kedua



Cewah. Ada siri kedua konon. Hebat!! Time dapat tahu dan dapat kertas tentang dia, aku buat muka selamba je. Tiada perasaan kecewa, kesal, dan sedih pun. Biasa. Macam perasaan jumpa katak (teringat cerita Prince who turns into a frog) dalam bilik. Tapi rasa macam best gak la dapat belajar lagi macam siri pertama punya.


Opss. Lupa kasi intro lagi. Program Mukhayyam Mawaddah ni ialah program di mana pelajar Islam berkumpul untuk belajar pada waktu cuti panjang dan hanya orang yang terpilih sahaja dikehendaki masuk. Tapi kalau siapa yang tak terpilih pun boleh masuk tapi kena kasi nama kat cikgu. Setakat ni aku dah ajak tiga orang masuk. 2/3 boleh. Seorang lagi dia terpaksa pergi kerja. Hmm.. Rasa kesal timbul dalam hati. Sebabnya, ada orang dapat pergi tapi taknak bekerjasama untuk pergi ke program ni. Eleh, kalau kau pergi tengok wayang kat Kiara tu buleh lak. Pergi belajar, taknak. Kesian mak kau, mak kau mesti nak tengok kau rajin, berjaya. Kau taknak ke nak fulfilkan impian mak kau tu. Siapa yang memang giler tak dapat pergi tu, kena ambil orang untuk gantikan.


Pergi bilik SALC{Self Access Learning C(aku lupa c tu untuk apa)}, dapat tiga helaian kertas yang terkandung:

  • Surat kiriman rasmi - Makluman Program Mukhayyam Mawaddah II Bagi Pelajar Islam PMR, SPM, STPM 2010
  • Surat kiriman rasmi - Persetujuan Menyertai Pelancongan/Kegiatan Sekolah
  • Jadual Aktiviti PMR, SPM, dan STPM 2010

Antara point penting yang perlu diingat ialah:

  • Yang terpilih wajib pergi (Olala~)
  • 5-7 Jun (Habis exam, terus kena pergi keesokan harinya)
  • 8.00 pagi - 1.30 petang setiap hari (kena tepati masa, rasE nak datang pukul 7.30 pagi lah)
  • Tempat PMR - Bilik SALC, SPM dan STPM - Perpustakaan (Kesian kena kongsi)
  • Pakaian Lelaki - Kain batik sahaja Bikini Pakaian yang kemas dan sopan
  • Pakaian Perempuan - Gaun malam dan bertudung Baju kurung dan bertudung
  • Bawa alat tulis, buku catatan, buku rujukan dan kalkulator mengikut jadual
  • Bawa makanan sendiri
  • Pastikan pakaian sopan, kemas dan menutup aurat.

Yang siri pertama punya kena tinggal kat asrama, best. Lepas tu ada program yang menginsafkan aku time tu dimana kita diinsafkan sampai menangis bergelen-gelen(teringat one litre of tears) dengan kawan-kawan sambil perhatikan muka siapa yang buruk dan keluar taik hidung time nangis(jahatnye aku, tengah nangis pon buleh buat macam tu sekali).
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.