Hmm... Ada la kawan aku tanya, E tu dari mana dapat? Ermm.. Sebenarnya, huruf E tu dapat dari nama arwah adik aku. Nama dia R*e****. Nama aku pulak Rasyidah. Then, aku potong huruf yang sama dekat nama adik aku dengan aku. So, huruf yang tinggal kat nama dia ialah huruf E. Disebabkan aku suka nama mula aku iaitu Ras, so aku taruh la Eras. Time darjah tiga dulu aku suka sangat dengan Ras. Tapi ada orang komen, nama macam laki la, tak sedap la. So aku tak guna lagi until 2007, terciptalah Eras.
How to pronounce my name? - http://www.habbo.com/home/E-ras
2008 - Ni ada lagi sejarah tentang nama Eras. Time tu aku nampak ada advertisement avatar game iaitu Habbo. Aku dah tertarik dah time tuh. Tapi aku lupa nak register. Nampak lagi ads tu, tapi lupa lagi nak register. At last, aku lupa nama game tuh. Gayat! Lepas tuh, aku carik punya carik. Jumpalah balik ads game tuh dekat metrolyrics.com. Apa tunggu lagi, budak gayat? Aku pun register la, ngokk. Aku nak register nama Eras. Tapi, gayat!! Ada orang dah amik lak. Eii, ai!! Sebok je. Pastu aku ada register pakai banyak nama tapi ada konflik iaitu Lepas aku sign out, aku nak sign in balik, tapi dia kata tak boleh. Lepas tu aku create new account. Dah sign in, sign out balik, nak sign in pastu tak boleh. After dah banyak kali aku buat cam tu, pas tu aku berfikir. Asal jadi cam ni ha? Aku dah penat dah ni, takde mood nak main. At last, baru aku perasan yang dia nak USERNAME, tapi aku masukkan EMEL. Bodoh!! Aku rasE bodoh yang teramat sangat. Tu la, lain kali baca dulu! At last lagi, aku buat new acc yang di panggil E-ras after Eras tak dapat buat. Nasib baik habbo ni kasi kelonggaran untuk tambah symbol, jadi ada la persamaan sikit dengan Eras.
2009 - Ceh, sebok je budak muncikari nih. Ada ke patut?! Patut tak?? Patut ke tak? Of coz la tak patut! Nak dijadikan cerita, mamat nih(aku tak cakap yang dia malay) nak buat t-shirt BFF larh. Lepas tuh, dia kata nak nama. Then aku kasi la E-ras. Kau tau tak? Dia tulis huruf a tuh macam o. So, apa yang jadi? E-ros. Budusnye. Malu aku kau tau tak? Mana aku nak taruh muka aku nih? Nama yang sedap jadi E-ros. Aduhai!!!!!!! Dah la berpuluh aku bayar, lagipun design pun macam hampeh truly aku cakap. Kita orang plan nak taruh smiley yang lawa, tapi hasil dia macam nih (:D)(Besarkan saiz smiley ini sehingga 72). Buruk cam _______(Fill in the blank). Lepas je aku dapat, aku sorok baju tuh bawah katil. Malu ko tau tak? Dah la baju buruk. Macam kain lap bontot. Kain lap bontot aku rasa lagi lawa. Itu aku boleh la maafkan, tapi nama aku jadi E-ros. Itu tak dapat aku nak ampunkan. Design dia totally 100% buruk. After beberapa bulan aku sorok bawah katil, mak aku jumpa gak baju tuh. Haha:) Nasib baik mak aku tak cakap pape. Mak aku just basuh je. Lepas tu, aku sorok balik baju tu sebab aku malu. Dah la rm2*. Kain dia kain nipis. Hujung lengan warna hijau pucuk pisang yang menyakitkan mata. Pekat sangat. Nak pensan tengok baju tuh.
Tambah menyakitkan hati, mamat tadi tiru idea aku taruh - aka dash kat nama dia dengan sume nama yang ada kat baju tuh. Dah la dia taruh nama dia *u*-*. Entah macam mane entah nak sebut. Dah la huruf vokal ada satu je. Biasalah, hasil copycat memang buruk cam ______ (Fill in the blank).