Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

04 May 2010

Dalam kenangan, KEM PERDANA 16/4-18/4

Time dapat tau kena pergi kem ni, ergh.. Dah la banyak kerja, kena pergi kem pulak. Takde cuti sehari pulak tuh. Pergi kem lepas sembahyang Jumaat, balik dari kem petang ahad. Kerja pun berlambak. Hish.. What to do? Eh, lupa kasi intro pulak. Kem Perdana ni khas untuk Penolong Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari sesebuah kelab atau persatuan atau badan. Aku mewakilkan Bendahari Kelab Kewangan, Pengguna Dan Pelaburan.

15/4/2010
Dengan berbekalkan badan yang penat nih, aku pun terus pack barang-barang untuk pergi kem.

16/4/2010
Pagi-pagi buta tu, sempat lagi nak pack barang. Yelah, balik sekolah je nanti terus makan dan sembahyang dan terus pergi ke kem tuh. Okey, dah siap pack sikit. Kemudian, aku pun pergi la sekolah. Lepas Santapan Rohani(bukan makanan), seramai 100 lebih budak perempuan tak kira umur tapi budak melayu dipilih untuk mendengar ceramah Ustazah Kyairaniah yang juga mentor aku. Ceramah tersebut bertajuk Puteri Hatiku. Ada budak cakap, orang yang terpilih tu kebanyakannya orang yang macam selalu bersosial. Entah, no komen. Ceramah ini disambungi oleh wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Jempol. Pasal masalah remaja such as vandalisme bla bla and bla. Lepas habis kedua-dua ceramah ini, aku dikehendaki pergi ke ceramah Kem Perdana pula kira-kira pada pukul berapa entah, tapi aku sampai lambat sikit sebab ceramah tadi makan masa. Aku tak sempat makan pun. Ceramah Kem Perdana ni, dia memaparkan cara memasang dan menyimpan khemah. Aku rasa ada banyak lagi, tapi aku datang lambat. Then, balik pun lambat. Aku bergegas-gegas balik ke rumah untuk meneruskan packing aku. At last, habis pun. Lepas tu, aku terpaksa berkejar-kejar sebab aku dah tak menepati masa.

Sampai je, ada orang cakap beg aku keciknye. Ermm, mana adalah. Besar dah ni. Sebenarnya aku nak bawak lagi besar. Tapi takut khemah sempit. Ok, register, ambil khemah dan pasang. Syukur alhamdulillah khemah dah siap. Mula-mula group khemah aku ada 4 termasuk aku, tapi ada sorang ni dia takde khemah, so masuk jela. Lepas tu, beriadah. Main futsal, terjerit-jerit. At last, group aku(bukan group khemah) menang. Minum petang, teh o.

Malam, ada Sayang Si Buta, best. Makan nasi dan teh o. Tidur. Ish.. Sempit la. Aku tidur duduk je la. Aku ni memang tak kisah nak tidur macam mana pun. Aku boleh tidur tanpa bantal. Minum malam, teh o.

17/4/2010
Minum pagi, teh o. Poco-poco. Dah berapa lama aku hidup, kali ni lah aku tahu macam mana nak poco-poco. Aktiviti survive, iaitu masak ikan kembung, roti dan telur menggunakan api. Ada lagi satu akt tapi lupa. Malam pulak ada unggun api tapi hujan la. Ada BBQ dengan malam kebudayaan. Aku tak ambil malam kebudayaan sebab aku tak suka, kena berjoget-joget depan dewan pulak. Gayat! Aku dipaksa oleh senior yang _____(As usual, fill in the blank) untuk masuk jugak. At last, tak masuk pun. BBQ, group aku ambil banyak ayam, tapi ayam lambat masak. Tapi aku bersyukur sebab group aku ada tempat memasak. Ada group yang tak dapat, sesuai masuk bersamamu. Unggun api, ada orang cakap benda ni macam menyembah api tu. Tapi, no komen. Minuman kali ni, air sirap. Minum malam, teh susu. First time aku cakap, WTF?? Beg aku habis basah semua sebab kena hujan. :( Woowowowowo Mampus la. Esok aku jemur. Tidur.

18/4/2010
Ada perbarisan group. Aku group 3 sama dengan BBQ dan malam kebudayaan. Biasa jer. Minum pagi, teh o. Ada satu aktiviti tapi aku lupa nama. Best gak, ada soalan sudoku. Packing untuk balik. Online FB kejap. Tidur.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.