Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

20 April 2012

Main bola sepak



Bismillahirrahmanirrahim,

Hari apa entah, hari Isnin kot. Fasihah ajak aku main bola sepak kat padang Taman Satelite. Aku pun macam ok je, walaupun kaki bangku sikit :D Fasihah pun suruh aku ajak orang lain gak. Terutamanya si Fatihah tuh.

Aku rasa, Fasihah ajak main bola kat padang sebab dia kesian dengan Fatihah kot. Mana tak nya? Hari Sabtu lepas, kitaorang main bola punya lah masing2 excited. Terkejar2 bola biar dia tak masuk semak dan longkang =.= At last, lutut dengan buku lali Fatihah ni luka, bergesel dengan batu. Dengan seluar baru dia sekali koyak. Aku ingat lagi time Fatihah jatuh, dia bukan jerit sakit ke apa, tapi dia jerit, "Seluuuuuarrrrr akuuuu". Waktu tu aku macam, "OMG, lutut kau berdarah pekat gila!"

Baru lepas hujan. Plan mula2 nak main pukul 5. Tapi hujan je. Aku tunggu je sampai hujan berhenti. Pahtu, aku telefon Fatihah ajak main, Fasihah bawa bola, Hani pulak bappak dia tak kasi. Najwa plop tak angkat fon.

Datang rumah Fatihah, jemput dia. Mak dia tak kasi dia keluar sebenarnya. Maklumlah hujan. Aku telefon fasihah, ingat nak cancel. Tapi Fasihah cam tak nak cancel je. Aku pun, ok main je lah.

Jadiiiiii, pukul 6.05 petang baru keluar. Jumpa fasihah tengah bawak bola sepak ASTRO sambil tunggang basikal dia.

Kita orang pun pergi menuju ke Padang Taman Satelite tuh. Besar lah jugak. Tapi besar lagi padang sekolah aku. Ngeeeeeeee. Ada budak2 Indian selalu main kat situ. Phewww, nasib baik kitaorang tak pandai main bola sepak SANGAT pun diaorang tak kesah. Diaorang tak gelak pun. Bagus2.

Kitaorang main kat penjuru padang je. Maklum lah, 3 orang je pemain dia. Berkaki ayam kitaorang kat atas padang, walaupun takut ada paku ke kaca ke. Aku main sekejap je. Pahtu tangkap2 gambar.




Main sekejap je, lebih kurang 45 minit gitu. Aku ajak Fatihah dengan Fasihah pergi taman permainan kat Taman Akasia tuh. Tapi ada budak2 laki lepak kat situ lak. Punah harapan aku.

Pahtu, round2 kat Taman Satelite. Diaorang bercerita pasal anjing, aku ambik port sikit je. Aku tanya Fasihah, "Fasihah, mountain bike tu macam mana?" *aku tanya sebab aku noob*. Fasihah kata, "Ni laaa mountain bike?". Rasyidah berkata, "Iyeee? Macam mana nak bezakan mountain bike dengan basikal biasa?". Fasihah berkata, "Mountain bike tu biasanya ada gear. Lepas tu, kalau kita tengok kat tempat duduk dia. Ada lubang bawah dia. Sebab, kalau dia naik gunung kan ada batu2. Jadi, benda nih kira kita tak sakit la waktu naik gunung tu". Okay, baru aku tau apa itu beza mountain bike dengan basikal anak jiran aku. Ngehehehe.

Samapai je hujung Taman Satelite berdekatan dengan Taman Desa Penarikan tuh, kita orang pun berpisah. Fasihah pun balik naik basikal.

Dekat simpang 4 kecik dekat dengan pokok kelapa sawit tuh, aku borak jap dengan Fatihah. Borak pasal sape entah time tuh *buat2 lupa*. HAHAHAHA. Fatihah oh fatihah. Hahahaha. *apsal gelak sorang2 nih? gila =.= *
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.