Kunang-kunang iaitu firefly juga dikenali sebagai kelip-kelip. Serangga ini mempunyai kepala, toraks dan abdomen. Kunang-kunang mempunyai 6 kaki. Seekor kunang-kunang mempunyai sepasang atau dua pasang sayap. Kunang-kunang ialah Sejenis coleoptera atau kumbang. Kunang-kunang mengeluarkan cahaya sejuk atau dingin(cold light) berbanding lampu pijar dan berwarna iaitu warna kuning, hijau atau merah muda di bahagian abdomen. Terdapat 2000 spesies kunang-kunang di dunia yang dikenal pasti setakat ini. Mereka hanya dijumpai di negara yang mempunyai 4 musim dan negara tropika(Tropicana twister~ ahaha). Boleh hidup di kawasan yang lembap(bukan lembab) atau kawasan hutan seperti hutan bakau. Tahukah anda? Larva kunang-kunang juga mengeluarkan cahaya dan dikenali sebagai ulat cahaya(glowworm). Mereka hanya aktif pada waktu malam dengan bercahaya tetapi pada waktu siang, mereka tidak mengeluarkan cahaya.
Kunang-kunang betina mempunyai perbezaan daripada kunang-kunang jantan. Kunang-kunang betina mempunyai organ pengeluar cahaya di bahagian abdomen(sama dnegan yang lain). Tidak bersayap dan kadang-kadang bersayap. Tapi di Malaysia, kebanyakannya bersayap. Yang tak bersayap menyerupai larva tetapi lagi besar dari larva tetapi lagi kecil dari jantan. Kunang-kunang betina dan larva juga dapat dibezakan melalui pembentukan mata iaitu jenis kompaun pada mata(compound eye).
Selepas mengawan, kunang-kunang betina akan bertelur di atas tanah atau dibawah tanah. Telur akakn menjdai larva selepas 3 hingga 4 minggu. Awas jika anda berjalan di kawasan yang terdapat kunang-kunang kerana mungkin terdapat larva di atas tanah.
Larva yang besar menjadi pupa dan akan memakan serangga. Mereka akan menjadi pemangsa. Mereka juga memakan larva serangga lain dan bunga.
Bagaimanakah cahaya dihasilkan?
Cahaya akan terhasil daripada tindak balas kimia. Bioluminescense terhasil dalam organ pengeluar cahaya(abdomen).
luciferase + ion magnesium + ATP + oxygen + luciferin = bioluminescense
Kunang-kunang betina mempunyai perbezaan daripada kunang-kunang jantan. Kunang-kunang betina mempunyai organ pengeluar cahaya di bahagian abdomen(sama dnegan yang lain). Tidak bersayap dan kadang-kadang bersayap. Tapi kat
